News

Panduan Pemilihan Tote Bag Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

by MUHAMMAD ASYRAF BIN DAHALAN on Aug 24, 2020

Panduan Pemilihan Tote Bag Malaysia Yang Anda Perlu Tahu


Tote bag, handbag, sling bag, apa yang membezakan mereka? Bukankah tote bag tu sebahagian dari handbag juga?
Untuk menjawab segala pertanyaan dan kekeliruan yang ada hadapi mengenai tote bag, bacalah artikel ini!


Apa Itu Tote Bag?

 

tote bag

Merujuk kepada Oxford Dictionary, maksud tote bag ialah beg yang besar, luas, tanpa zip atau sebarang benda yang mengikat dan menutupnya, dengan dua pemegang di sisi.
Pada pendapat kami, itu bermaksud asalkan beg tersebut luas dan mempunyai design yang simple, itulah tote bag!
Beg ini dicipta pada asalnya untuk menggantikan beg plastik pakai buang dengan beg yang boleh digunakan semula. Kemudian ia berubah kepada design yang lebih cantik dan bermacam-macam.

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Tote Bag

 

jenis tote bag

Sama seperti jenis beg beg lain, tote bag juga ada diperbuat dari pelbagai warna, bentuk, saiz, dan bahan. Semua ini bergantung kepada design dan kegunaannya.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk membuat tote bag ialah kain yang tahan lasak, kanvas, kulit, kapas, rami, dan juga bahan bahan organik seperti bahan kitar semula.

Handbag vs Tote Bag

tote bag putih

Antara perkara yang membezakan handbag dan tote bag ialah:

1.Tempat pemegang

Kebiasaannya, handbag hanya mempunyai satu tempat pemegang namun ini bukanlah titik penentuannya kerana banyak juga handbag yang mempunyai dua tempat pemegang.
Apa yang membezakan antara kedua-dua beg ini ialah tote bag kebiasaannya mempunyai tempat pemegang yang lebih panjang jadi lubangnya lebih besar. Beg ini juga itu lebih senang untuk dibuka.

2. Bahagian dalam beg

Handbag biasanya mempunyai lebih banyak ruang mengisi seperti tempat berzip dan poket. Tote bag pula hanya mempunyai satu compartment tanpa semua bahagian ini.

3. Bahan

Walaupun pelbagai bahan ada digunakan untuk membuat beg ini, biasanya tote bag diperbuat dari bahan yang tahan lasak untuk kemudahan pemakainya.
Kedua-dua beg ini diperbuat dari bahan yang sama iaitu kulit. Ia masih akan menampilkan personaliti yang berbeza kerana design beg itu sendiri.

Jenis Tote Bag Terbaik

tote bag terbaik

Sama seperti beg beg yang lain, tote bag juga terdiri daripada pelbagai design dan bentuk yang berbeza, semuanya bergantung kepada fungsinya.
Antara design yang popular ialah:

1.Market Tote

market tote

Market Tote yang juga dikenali sebagai Shopper Bag selalunya mempunyai satu slot dan tanpa zip atau benda untuk mengikat dan menutupnya dengan tempat pemegang yang panjang.
Ini membuatnya selesa untuk digayakan dan praktikal untuk menyimpan barang-barang yang dibeli dipasar raya atau sebagainya.
Tote bag jenis ini juga boleh digunakan apabila anda keluar hangout, pergi ke pejabat, dan juga outing formal kerana designnya yang moden dan simple.

2. Tote pelbagai fungsi

multipurpose bag

Biasanya diperbuat dari kulit, jenis beg ini tahan lasak. Walaupun rupanya tidaklah begitu chic, ianya boleh digunakan untuk pelbagai fungsi kerana ruangnya yang amat luas.
Ini membolehkan beg ini mengisi pelbagai barang untuk pelbagai acara. Sangat senang digunakan dan memudahkan!

3. Beach Tote

beach tote

Apabila kita pergi ke pantai, pelbagai barang perlu dibawa seperti sunscreen, losyen, dan pelbagai lagi. Beg ini juga amat sesuai untuk ke pantai kerana sifatnya yang telus air dan pasir.
Rekaannya yang seperti raga juga membuatnya sesuai untuk berkelah. Cantik dan pelbagai fungsi!

4. Reversible Tote

reversible tote

Jenis tote ini amatlah menjimatkan kerana ia boleh membuat anda kelihatan seperti mempunyai dua bag. Ini kerana luar dan dalam beg ini mempunyai design yang boleh dibalik-balikkan.
Fungsi ini boleh membuatkan ia kelihatan seperti dua beg yang berbeza. Ia juga sangat luas jadi anda boleh menyimpan pelbagai barang di dalamnya.

5. Kanvas Tote

canvas tote

Jenis tote ini lah yang paling popular dan rupa yang kebanyakkan orang akan bayangkan apabila mendengar “tote bag”. Jenis beg ini selalunya popular di kalangan remaja dan orang muda.
Ia juga sesuai untuk pelbagai acara seperti ke kelas, pasar raya, mahupun hangout bersama teman teman. Sangat menarik dan simple.

Berminat Untuk Tote Bag di Malaysia Dengan Harga Yang Berpatutan?

sarah asyraf

Terdapat pelbagai kedai yang boleh anda jumpa untuk membeli tote bag di Malaysia. Di antara pilihan yang terbaik semestinya di Sarah Asyraf!
Ini kerana beg-beg tangan yang dijual di sini bukan sahaja berpatutan malah berkualiti. Mereka juga menjual pelbagai jenis pilihan beg beg tangan yang cantik yang menepati citarasa pengguna.
Ini sudah tentunya termasuk tote bag selain beg tangan untuk aktiviti harian, untuk ke pejabat, dan lain lain.
Semuanya di hujung jari kerana pelbagai jenis handbag online murah ada ini boleh dipesan secara online.
Bukan itu sahaja, semua design beg yang ditawarkan amatlah menarik dan up-to-date dengan trend semas. Jadi anda boleh kekal bergaya dan in-trend dengan beg mereka.
Siapa kata untuk bergaya anda perlu membeli beg dengan harga yang mahal? Jika anda tahu menggayakannya dan mempunyai keyakinan yang tinggi, tiada apa yang boleh menghalang anda.
Tote bag yang dijual di Sarah Asyraf juga semuanya berharga dari RM30 ke RM40 sahaja dengan rekaan yang menarik!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tote bag Sarah Asyraf secara online.

sarah asyraf kedai handbag online
 
 
P.S Sertai Peraduan Beli dan Menang Legacy Fashionista X Sarah Asyraf sekarang. Peraduan berakhir pada 31 Ogos 2020. Klik sini untuk maklumat lanjut.