News

Panduan Lengkap Jenis dan Kegunaan Beg Tangan Wanita

by MUHAMMAD ASYRAF BIN DAHALAN on May 27, 2020

Panduan Lengkap Jenis dan Kegunaan Beg Tangan Wanita

Beg dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Beg tangan boleh dikatakan kawan baik setiap wanita kerana hampir semua wajib mempunyai sekurang kurangnya satu beg tangan. Walaubagaimanapun, selalunya setiap beg tangan mempunyai design dan warna yang tersendiri serta mempunyai kesesuaian yang tersendiri yang berlainan fungsi dan kegunaan. Disebabkan itu, para wanita mempunyai beg tangan wanita yang berlainan jenis untuk dibawa dan digunakan untuk acara yang berlainan. Terdapat pelbagai jenama beg tangan wanita di pasaran. Daripada sekecil kecil tapak tangan sehinggalah handbag besar, setiap beg ini mempunyai peminat yang tersendiri. Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa jenis dan fungsi handbag wanita untuk membantu anda memilih beg tangan yang sesuai dengan keperluan anda.


8 Jenis Beg Tangan Wanita

Tote Bag

tote bag

Jika anda mempunyai temu janji dengan teman atau mahu pergi shopping pada hujung minggu, tote bag boleh jadi pelengkap gaya anda. Designnya yang bersahaja dengan ruang yang besar dan praktikal menjadikan ramai wanita menggemarinya sebagai beg seharian kerana boleh diletakkan pelbagai barang di dalamnya. Anda boleh shopping tote bag secara online dan dapatkan harga promosi RM100 untuk 3 Beg & penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Klik Sini Untuk Lihat Koleksi Tote Bag

Beg Silang

sling bag

Stail zaman sekarang adalah lebih kepada minimalis. Si pemakai akan menggayakan barangan yang kelihatan simple dan kemas untuk nampak moden. Ini juga termasuk kepada penggayaan beg silang (sling bag) oleh wanita yang gemarkan beg tangan yang bersaiz kecil yang boleh digayakan dengan tali panjang ataupun pendek. Terdapat pelbagai rekaan sling bag ada di sini.

Beg Hobo

boho bag

Beg Hobo sesuai bagi wanita yang gemarkan gaya yang simple dan estetik kerana ia tidak berstruktur, lembut dan terbungkus apabila dipakai. Beg ini mempunyai satu tali untuk disangkut pada bahu yang menjadikannya sedikit lain dari design beg tangan yang biasa.

Beg Klac (Clutch Bag)

clutch bag

Beg klac biasanya digayakan dan digunakan ke majlis-majlis formal dan glamor kerana ia kelihatan moden dan sophisticated. Biasanya beg ini tidak bertali dan selesa untuk dipegang dengan tangan. Rekaan clutch lebih sesuai untuk gaya santai. Anda juga boleh menempah beg klac melalui personal shopper barangan berjenama yang original jika tidak mempunyai kelapangan masa.

Bucket Bag

bucket bag

Saiz bucket bag ini lebih panjang, besar dan menyerupai bentuk uncang. Ia tidak mempunyai zip dan hanya mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu. Beg ini juga sesuai untuk acara santai atau digayakan untuk ke kolej dan pejabat.

Beg Satchel

satchel bag

Beg satchel amat sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dalam penampilan. Ia mudah dibawa dengan diinjit atau digantung pada lengan semasa berjalan-jalan untuk majlis tertentu atau bekerja.

Baguette Bag

Beg baguette adalah beg tangan wanita yang mempunyai saiz panjang serta berbentuk segi empat. Ia didatangkan bersama tali pendek untuk dipegang. Ia sesuai untuk digayakan untuk aktiviti seharian mahupun untuk dibawa ke majlis-majlis formal.

Fanny Bag


Untuk wanita yang ingin kelihatan bergaya dengan stail ranggi, fanny bag adalah jawapannya. Beg ini selalu digayakan dengan stail “street wear” yang santai. Biasanya digemari oleh golongan muda. Kesimpulan Dengan pengetahuan tentang jenis-jenis beg wanita dan kegunaannya, kini anda boleh memilih jenama beg tangan wanita yang sesuai dengan anda. Beg yang cantik tidak semestinya mahal asalkan anda tahu untuk menggayakannya. Anda boleh kelihatan bergaya dan kekal chic tanpa perlu berbelanja besar. Salah satu tempat untuk anda mendapatkan beg tangan yang cantik dan murah adalah di Saraf Asyraf. Terdapat pelbagai jenis pilihan beg tangan yang cantik dengan harga yang berpatutan. Dari beg tangan untuk aktiviti harian, untuk ke kelas, untuk dating, hinggalah untuk ke pejabat, semua jenis beg ada dijual. Yang menariknya anda boleh membelinya secara online. Bukan itu sahaja, semua design beg yang ditawarkan amatlah menarik dan up-to-date dengan trend semasa jadi anda boleh kekal bergaya dan in-trend dengan beg mereka! Selain itu, mereka mempunyai customer service yang sangat baik. Jika anda mempunyai apa-apa soalan dan pertanyaan, tanya sahaja kerana mereka sedia untuk berkhidmat. Jadi apa anda tunggu lagi? Layari website Sarah Asyraf sekarang dan mula memilih beg pilihan anda sekarang! Happy shopping!